Sebelum
ini saya telah pernah menerangkan yang Bank-bank Islam di seluruh dunia adalah
BUKAN PEMBERI pinjam secara Islam, tetapi mereka adalah peniaga. Adakalanya,
mereka mengambil tanggungjawab sebagai penjual melalui jual beli aset, atau
pemberi sewa melalui pembelian aset yang dikehendaki pelanggan dan
seterusnya menyewakannya kepada pelangggan. Selain itu, bank-bank Islam juga
melalui beberapa produk tertentu, akan berfungsi sebagai rakan kongsi kepada
pelanggan.
Hanya
selepas memahami konsep ini, barulah pembaca akan dapat memahami bagaimana
konsep ini diaplikasikan oleh bank-bank Islam di seluruh dunia termasuk
Malaysia. Tanpa mengetahui berekaan hal ini, akan beterusan orang ramai berada
dalam kejahilan serta asyik memanggil produk perbankan Islam sebagai pinjaman
Islam atau juga tidak habis-habis mengkritik urusan bank-bank Islam.
Namun
demikian, tulisan hanya hanya memberikan sedikit tafsiran dan jenis awal
Ijarah, bentuk , cara aplikasi dan isunya di perbankan Islam agak teknikal
untuk dimuatkan di web ini.
Tahukah Apa Itu Ijarah di Bank Islam?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 10:17
www.zaharuddin.net
Sebelum ini saya telah pernah menerangkan yang Bank-bank Islam di
seluruh dunia adalah BUKAN PEMBERI pinjam secara Islam, tetapi mereka adalah
peniaga. Adakalanya, mereka mengambil tanggungjawab sebagai penjual melalui
jual beli aset, atau pemberi sewa melalui pembelian aset yang dikehendaki opelanggan dan seterusnya menyewakannya
kepada pelangggan. Selain itu, bank-bank
Islam juga melalui beberapa produk tertentu, akan berfungsi sebagai rakan
kongsi kepada pelanggan.
Dalam tulisan ringkas kali ini, saya ingin memperkenalkan apa itu konsep
sewaan atau ijarah. Ia adalah sebuah aqad
jenis mu'awadah maliah (pertukaran
hak milik harta) yang popular di kalangan bank-bank Islam. Namun demikian,
bentuk ijarah yang asal dan yang dibentuk menjadi produk pembiayaan mempunyai
beberapa perbezaan sama ada disebabkan oleh gabungan dengan kontrak lain hingga
menjadi (hybrid) atau disebabkan
isu-isu baru yang timbul menjadikan sedikit berbeza dengan ijarah dalam konteks
biasa.
Saya tidak berhasrat untuk menghurai panjang lebar berkenaan rukun dan
syarat setiap satu dalam kontrak ijarah
disebabkan ia adalah perkara yang telah menjadi maklum di kalangan mereka yang
terlibat dan orang ramai. Justeru, penulisan ini hanya akan menumpukan secara
ringkas dan konsep asas beberapa yang terpenting dan perlu di ambil perhatian
bagi memhami konsep ijarah dan bentuk produk IJarah yang wujud di bank-bank
Islam khususnya.
DEFINISI
Para ulama Fiqh mendefinisikannya sebagai :-
9B/ E9'H6) 9DI *EDJC EFA9) (9H6
Erti : ‘Kontrak pertukaran hak milik harta (mu'awadah)
dengan member milik manfaat dengan timbal balas' [1]
Apa yang penting dari definisi itu adalah :-
a-
Perbezaan
dengan jual beli ‘ain (barang), Ijarah adalah jual beli manfaat bagi barang,
namun barang masih tetap masih dalam milik pemberi sewa.
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 10:17
b-
Hak untuk guna
ke atas manfaat aset telah bertukar milik kepada penyewa. Sebagai timbal balas,
penyewa perlu membayar sejumlah bayaran sewa kepada pemilik.
JENIS IJARAH
Majoriti ulama telah membuat klasifikasi Ijarah pelbagai perspektif,
berikut adalah dua perspektif yang dikira utama :-
Pertama : Perspektif ‘item' yang dijadikan tumpuan dalam kontrak sewa
(al-ma'qud ‘alayhi)
Jika dilihat jenis-jenis ijarah dari perspektif ini, ia terbahagi kepda
tiga bentuk berikut:-
· Ijarah ‘Ain (%,'1)
'D#9J'F ) : Menyewakan manfaat dari barang atau aset.
Contoh : En
Ahmad menyewakan rumahnya kepada Encik Karim dengan bayaran RM 700 sebulan
untuk tempoh 1 tahun.
Ijarah jenis pertama ini tiada khilaf di kalangan para
ulama akan keharusannya, bayaran sewa boleh dibuat di awal kontrak sewaan atau
secara bertangguh.
· Ijarah
‘Amal ( %,'1) 'D9ED) : menyewakan menfaat kerja dan
skill diri
Dalam kontek ijarah ini, apa yang dijadikan al-ma'qud
alaihi ('DE9BH/
9DJG ) adalah kerja itu sendiri. Iaitu sebagai timbal balas kerja dan
kepakarannya dalam kerja, ia dibayar upah tertentu, seperti jururunding,
peguam, kakitangan syarikat dan lain-lain.
· Ijarah
Mawsufah Fi Az-Zimmah atau Ijarah Az-Zimmah ('D%,'1)
'DEH5HA) AJ 'D0E) ) :
Contoh : Encik Ahmad menyewakan rumahnya dari jenis
teres dua tingkat di lokasi Bandar Baru Bangi yang saiznya adalah 100 x 30 kaki
persegi kepada Encik Karim, tetapi rumah
tersebut hanya akan siap dalam tempoh dua bulan lagi. Namun Encik Karim telah
awal-awal menyewanya untuk tempoh 3 tahun dengan bayaran bulanan sebanyak RM
1000 sebulan.
Inilah bentuk sewaan Ijarah Fi Az-Zimmah, disebabkan manfaat yang disewakan menjadi
seperti tanggungjawab hutang ke atas Encik Ahmad. Menurut konsepnya, En Ahmad
boleh mengambil sewa dari awal kontrak walaupun rumah tersebut belum diduduki
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 10:17
oleh En Karim.
Dalam konteks ini, tanggungjawab En. Ahmad kepada En Karim selaku pembeir sewa jenis IJarah Fi Az-Zimmah, adalah
menyerahkan manfaat (usufruct atau kebolegunaan) dari sebuah rumah pada masa akan datang yang menepati
spesifikasi yang diperincikan di dalam kontrak. Perlu difahami bahawa pemberi sewa perlu memastikan manfaat sewa
rumah itu ditetapti apabila sampai tempohnya, bukan rumah tertentu yang disewakan tetapi spesifikasi manfaat bagi
sebuah rumah.
Hukum ijarah jenis ini [2] : Para ulama berbeza pendapat dalam menentukan
status Ijarah dari jenis ini, ringkasnya seperti berikut :-
i- Majoriti Mazhab (Maliki, Syafie dan Hanbali) dan
Majlis Syariah AAOIFI : ia adalah Harus secara umum dengan syarat-syaratnya.
Namun demikian, mereka berbeza pendapat sama ada
harga sewaan boleh dibayar di awal kontrak atau tidak.
Syafie dan Maliki : perlu di bayar di awal aqad
kerana ia seperti jualan as-Salam. Jika
berpisah tanpa membayar harga di awalnya, kontrak adalah batal. Ia juga amat
perlu bagi mengelakkan jatuh dalam jualan hutang dengan hutang. Namun mazhab
Maliki memberikan sedikit ruang tangguh sehingga maksimum tiga hari selari
dengan pendapat mereka dalam hal bai
as-Salam juga.
Hanbali dan Majlis Syariah AAOIFI : Harga hanya
perlu dibayar di awal majlis pemeteraian kontrak jika lafaz As-Salam atau As-Salaf ( iaitu lafaz, akan di tunai pada masa
akan datang)
digunakan di ketika aqad. [3] Justeru, jika aqad dilakuakn menggunakan lafaz
‘SEWA' atau IJARAH, harga tidak
disyaratkan mesti dibayar di awal aqad.
ii- Mazhab Hanafi : ia adalah tidak sah kerana Ijarah
mestilah ke atas satu item yang spesifik tetapi Ijarah jenis ini tidak spesifik
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 10:17
atas satu-satu aset, ianya hanya spesifik pada jenis manfaatnya.
Bermakna penyewa boleh mencari rumah lain yang
boleh memberikan spesifikasi manfaat yang sama jika rumah tersebut
terbengkalai. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Majlis Syariah AAOIFI.
AJ 'D%,'1)
'DEH5HA) AJ 'D0E) 9DI 'DE'DC AJ -'D*J 'DGD'C 'DCDJ #H 'D,2&J *B/JE 9JF (/JD)
0'* EH'5A'* EE'+D) DD9JF 'DG'DC)
Erti : Dalam Ijarah Al-Mawsufah fi az-zimmah, wajib atas tuan (aset) di
ketika aset rosak sepenuhnya atau sebahagiannya, untuk mendapatkan ganti aset
yang mempunyai perincian atau spesifikasi yang sama dengan aset yang rosak..[4]
Kesimpulan : Ijarah jenis ini adalah harus dan tidak disyaratkan untuk membayar
sewaan di awal kontrak sekiranya unsur gharar dan potensi berlaku pergaduhan
dan terbengkalai adalah tinggi.
Kedua : Dari perspektif produk perbankan Islam.
Ia boleh dilihat dalam dua bentuk seperti berikut :-
i.
Ijarah secara operasi (Operating lease)
ii.
Pembiayaan secara Ijarah (Financial lease)
Sebelum kita melihat dengan lebih terperinci bentuk
kedua-dua produk, berikut adalah perbezaan utama antara keduanya [5] :-
Aspek
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 10:17
Operating Lease
Financial Lease
Pemilikan
aset
Adalah
milik penuh dari sudut perundangan dan hak manfaat (legal and beneficial ownership) kedua-duanya berada di dalam
pemilikan penuh pemberi sewa.
Hanya sebagai beneficial owner atau pemilik manfaat
atas aset.
Tanggung jawab selia aset
(maintainance
obligations)
Pemberi
sewa juga bertanggung jawab penuh dalam urusan pengurusan dan penyelian asas (basic maintainance) asetnya,
manakala
penyewa hanya bertanggung jawab atas penyeliaan dari kesan penggunaannya
sendiri dan hanya membayar sewa sebagaimana yang dipersetujui bersama.
Pihak
pemilik manfaat akan menyerahkan semua tanggungjawab penyeliaan kepada
penyewa termasuk Insuran aset, cukai tanah, cukai pintu dan lain-lain.
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 10:17
Risiko
sebarang
risiko kerosakan asas (yang bukan disebabkan kecuaian penyewa) ke atas aset
turut berada di bawah kewajiban dan tanggungjawab pemilik dan bukannya
penyewa, atas sebab itu, pemilik akan mengambil Takaful ke atas aset.
Setelah
penyewa menyewa, semua risiko ke atas aset sama ada yang berlaku atas
kecuaian atau tidak adalah di bawah tangungjawab penyewa.
Penamatan
· Boleh
ditamatkan pada bila-bila masa dengan redha kedua belah pihak, tanpa sebarang
pampasan atau jumlah sewa tertunggak (bergantung kepada terma sewaan),
·
Selepas
penamatan kontrak, aset akan kekal di bawah milik pemberi sewa seperti biasa.
·
Boleh
ditamatkan tetapi pihak penyewa mestilah membayar semua sewaan tertunggak
secara sekaligus
·
Aset
sesudah itu akan menjadi milik penyewa secara sepenuhnya. Itulah juga motif
dan objektif bagi sewaan jenis ini.
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 10:17
................................................................................................................................................................................................
.........................
********************************************************************************************************************************
*******************************************************************************************************************************
Hanya selepas memahami konsep ini, barulah pembaca
akan dapat memahami bagaimana konsep ini diaplikasikan oleh bank-bank Islam di
seluruh dunia termasuk Malaysia. Tanpa mengetahui berekaan hal ini, akan
beterusanlah orang ramai berada dalam kejahilan serta asyik memanggil produk perbankan
Islam sebagai pinjaman Islam atau juga tidak habis-habis mengkritik urusan bank-bank
Islam.
Namun demikian, tulisan hanya hanya memberikan sedikit
tafsiran dan jenis awal IJraha, bentuk , cara aplikasi dan isunya di perbankan
Islam agak teknikal untuk dimuatkan di web ini. InshaAllah jika ada kesempatan akan saya muat turun lebih lanjut cara
dan aplikasi konsep ini dalam produk perbankan Islam.
Sekadar itu dahulu sebagai pengenalan kepada konsep Ijarah.
Tulisan ini adalah petikan ringkas dari buku saya yang sedang diusahakan
penerbitannya oleh Telaga Biru Sdn Bhd.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 10:17
www.zaharuddin.net
23 Jun 2009
[1] Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 15/74
; Al-Mughni, 6/3 ; Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, 1/252
[2] Fiqh al-Mu'amalat al-Maliah
wal Masrafiyah al-Mu'asiroh, Dr Nazih Hammad, (dengan pindaan)
[3] Al-Ma'ayir As-Syar'iyyah,
ibid, hlm 147
[4] Al-Ma'ayir As-Syar'iyyah,
2007, hlm 140
[5] Al-Ijarah, Dr Abd Sattar Abu
Ghuddah, Dallah AlBarakah, 1998, hlm 103 ( dengan tambahan dan pindaan) ;
http://moneyterms.co.uk/finance-lease/
www.zaharuddin.net
http://www.zaharuddin.net Powered by Joomla! Generated: 12 May, 2010, 10:17
No comments:
Post a Comment